Pages

Monday 16 November 2015

A-famosa Trip

Assalaamualaikum

Syukur perancang kami untuk melakukan satu aktiviti sebelum tamat pengajian di bumi UTHM tercapai. Perbincangan yang ringkas selepas mengambil kira kesibukan kelas, test, FYP n so on. Makanya semua setuju untuk pergi A-famosa Melaka pada 30/11/15 iaitu hari Jumaat. Aku pun melantik diri sendiri untuk manage trip ni, bukan nak kata aku ni gila kuasa/ poyo/ bajet tapi aku just nak kami semua ada kenangan/ memori bersama. Sebab aku tahu semua sibuk dengan hal masing-masing sampai tiada masa untuk lepak semua bersama walaupun untuk satu makan tengahari/ minum petang/ makan malam. Jadi aku merancang trip ini hanya satu hari untuk kami spend time bersama. Ok kenapa hanya 19 orang dan kenapa aku tak ajak orang lain? Macam ni, bukan aku/ kami taknak ajak tapi bila fikir2 balik kalau yang pergi nanti ada yang tak selesa, takut nanti krik krik pulak. Eh jap, jangan cakap kami ni poyo tak bergaul tau, kami berkawan dengan semua orang cuma kami ada sebab tersendiri kenapa trip ni hanya 19 orang. Taknak komen lebih2. 

Tibalah hari Jumaat, pukul 7.30 pagi kami bersarapan di Kedai Lempeng, Parit Raja. Huhu haruslah isi perut dahulu. Nak berenang dan berjimba memerlukan perut yang kenyang, kehkehkeh. 






Pukul 8.15 pagi bergerak ke Stesen Minyak Petronas Ayer Hitam untuk berkumpul dan haruslah bergambar, weahooo. Ok kami pergi 4 kereta. Berganding bahu tong tong duit minyak dan tol. Gitu dong. 









Ok, pukul 10 pagi kami sampai di A-famosa Melaka. Beli tiket kat kaunter tapi pintu water park belum buka. Makanya kami berselfie/ bergambar/ berbual/ berhuhuhu dahulu sambil menunggu, kihkihkih. Pukul 11 baru boleh masuk water park. Ouh lupa, harga tiket RM43 include set makan tengahari. Ok jom cuci mata dengan gambar sebelum kami bermandi dan berjimba.






















Bila pintu water park dah buka, lepas periksa beg pastu salin baju dan simpan beg dalam loker. Ok, loker ada saiz kecil dan besar. Kecil= RM4 dan Besar= RM12. Pastu beli boyar/ pelampung RM11+10 deposit, nanti RM10 tuh dapat balik masa pulangkan pelampung. Ok lepas settle semua, apa lagi get ready nak berleburrr dalam air lah. 
























Pukul 2.15 kami mula lapar, pergi ambil makanan. Ok nak ambil makanan kena bawa resit ye. Lepas makan kami bersihkan diri dan siap2 untuk bergerak keluar dari A-famosa. Plan nak ke Bandar Melaka pulak, weahoooo. 









Pukul 4.45 ptg macam tuh gerak ke Bandar Melaka. Pukul 6 ptg sampai Dataran Pahlawan. Disebabkan hujan, makanya kami masuk jela mall dan jalan2 dan kami makan aiskrim coconut sangkaya 'We are Nuts About Coconuts' gituu dongg. Untuk aku itu first time aku try aiskrim tu dan yup sedap, yummy. 






Bila malam haruslah pergi dinner sebelum pulang ke Batu Pahat. Muka semua keletihan/ kepenatan/ kecapekan. Masa makan tu kalau boleh nak tutup mata dan kalau boleh ada orang suapkan, hahaha.




Alhamdulillah selesai trip #bpabuddies #bpaladiesgetaway #melakatrip #afamosa #finalyearstudent. Semua enjoy dan bergumbiiraaa. Penat dan seronok dikongsi bersama dan yang penting ada jugak kenangan bersama-sama lepak/ berjimba di akhir semester sebelum ber'intership' dan insyaAllah semua akan bergraduasi bersama, Amiiin. Terima kasih semua untuk segala kenangan pahit manis yang kita lalui bersama selama kita berkawan. Pernah gaduh dan yang pasti kita tetap akrab. Diharap persahabatan kita kerana Allah SWT dan kita terus berkawan. LOVE.LOUGH.LIFE