Pages

Saturday 3 October 2015

Pengalaman Seram

Assalaamualaikum

Dipendekkan cerita pada 26 September 2015, aku ambik keputusan nak join kwn2 (zyra, pikah, sal n nieda) balik Batu Pahat naik kereta sbb dieorang semua pergi jalan2 Melaka hari tu sambil hantar adik zyra balik UITM. Aku sampai Melaka pukul 10mlm dari Seremban. Lepas pergi makan terus hantar adik zyra balik kolej. Lebih kurang pukul 11.30mlm, kiteorg gerak balik Batu Pahat ikut jalan Muar. Nak dijadikan cerita zyra dengan yakin masuk satu simpang, sbb ingatkan itu simpang jalan 'shortcut' nak ke Batu Pahat. Tapi Allah itu maha mengetahui, tersilap jalan pulak. Kiteorang dah salah jalan sampai masuk 'area' Pagoh tapi 'still' jalan tu boleh ke Batu Pahat 'just' jauh jela. Dengan tenang zyra 'drive' kereta 'follow' satu kereta di hadapan. Yup, hanya 2 buah kereta atas jalan tu sehingga lah kereta depan tu masuk 'highway' Pagoh. Lepas tu, kiteorang hanya teruskan perjalanan sehingga lah masuk kwsn Parit Sulong yang sememangnya gelap gelita. 

Pukul 12.25am. Masuk je jalan tu dlm beberapa kilometer, ade 2 buah kereta di belakang. Dengan harapan salah satu drpd kereta tu akan memotong kereta kiteorang supaya ade teman di depan. Tapi harapan meleset tiba-tiba dengan lajunya 2 buah kereta tu memotong dan terus memecut hilang drpd pandangan. Selepas tu, tiba-tiba kereta zyra hampir terbabas ke kiri jalan hampir tergesel dengan penghadang jalan. Kiri kanan jalan tu hanya hutan dan pokok kelapa sawit. Alhamdulillah Allah tu masih beri peluang, aku xtahu kuasa mana yang datang, dengan pantas aku tolak stereng kereta ke kanan. Agak kelam kabut lepas tu sbb masing-masing masih cuak dan teringat dengan peristiwa tadi. Sepanjang perjalanan mmg aku niat xnak tidur sbb nak teman zyra 'drive'. Walaupun masih takut, kiteorang bertenang dan berbual di dalam kereta supaya keadaan tidak sunyi. Tiba-tiba zyra bersuara "ade orang main 'phone' ke dekat blkg" dan mase tuh pikah tengah msg kwn die drpd tadi. Sepanjang perjalanan tiada langsung kereta di hadapan dan di belakang kiteorang, yang ada hanya lah kereta di laluan bertentangan yang sesekali berselisih.

Ouh ya, kiteorang guna waze utk tgk baki kilometer ke Batu pahat. Setiap saat mata aku asyik tengok baki kilometer dan zyra pon kerap bertanya "lama lagi ke, jauh lagi ke nak sampai Batu Pahat" sbb dah xtahan nak lalu jalan ni. Dalam kereta mase tuh, aku hanya baca ayat kursi berulang kali dengan harapan semua selamat. Akhirnya, alhamdulillah kiteorang menghampiri Bandar Batu Pahat tapi tiba-tiba tanpa tahu sebab ade sebuah kereta angkat/ beri lampu tinggi dekat kereta kiteorang. Nak kata die minta laluan utk memotong x mungkin sbb jalan tu luas, nak kata 'roadblock' xde plak nmpak kelibat polis. Tanpa berfikir panjang zyra laju kan kereta sehingga lah sampai ke kwsn yang terang. Syukur semua selamat dan kiteorang dah sampai Batu Pahat.

Daripada Square One sampai ke rumah, kiteorang bercerita pasal hal yang berlaku sepanjang perjalanan tadi. Zyra membuka mulut "sbnrnye aku hampir terbabas tadi sbb aku nmpk sesuatu/ bayangan/ muka dekat bhgn dalam bumbung kereta, beberapa kali aku pandang benda tu tetap ada lagi, sbb tu aku tegur sapa yang main 'phone', cahaya 'phone' yang pantulkan benda tuh, aku jadi leka pandang benda tuh sampai xsedar kereta dah ketepi". Lepas tuh  sal pulak bersuara, "sbnrnye mase mula2 masuk jalan gelap Parit Sulong, sal ade nmpk bnde berbungkus dekat kwsn pokok kelapa sawit belah kiri, tuh y Sal terjerit Allah". Dan nieda pulak kata "aku pon rase lain sepanjang perjalanan lalu jalan tu, mmg meremang badan, xputus baca ayat kursi". Pikah pulak bersuara, "patut la sal cengkam kuat peha aku, nieda plak senyap sambil mulut tengah baca2 ayat quran". Semua cerita ape yang dirasa sepanjang perjalanan tu. Lepas dengar, semua jadi takut tapi berfikiran positif yang ini semua dugaan.

1.45am, aku n zyra tumpang tidur rumah pikah, sal n nieda. Lepas mandi n bersihkan diri semua x dapat lelapkan mata kerana masih memikirkan hal tadi. Kiteorang sangat bersyukur sebab tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Sekitar pukul 4.45am, zyra menjerit dalam tidur, kala itu aku baru saja ingin terlena. Sal n pikah cepat2 kejutkan zyra, rupanya zyra mimpi benda tu dtg cekik die.

Pesan kiteorang, jangan lalu jalan kwsn Muar terutama Parit Sulong lewat malam lebih-lebih lagi sebuah kereta. Dikuatiri akan diganggu. Lebih baik elak drpd terkena. Bagi aku ini pengalaman kedua kena 'prank' kat jalan tu lepas dah kena sem lepas mase pergi mkn mee bandung dgn zyra n nanie, mase tuh waktu maghrib. Bagi zyra pulak, ini pengalaman ketiga, pengalaman kedua mase die n nanie pergi Melaka dgn ex-roommates sem 3 dan sem4.

Sehingga hari ini aku masih bersyukur tiada perkara buruk yang terjadi. Alhamdulilla ya Allah.