Pages

Friday 8 December 2017

Setelah sekian lama

Assalaamualaikum

Lama betul rasa tak jengah blog ni. Kalau lah blog ni rumah memang dah banyak sampah, habuk, sawang dll. hehehe. Tak tahu kenapa hari rasa nak tengok blog ni yang dah lama tak update. Kalau tak silap ini kali pertama aku jengok blog lepas aku kahwin. Sebelum kahwin pon aku memang lama tak tengok blog, sampai lah aku dah 1 tahun 4 bulan kahwin. 


So, hari ni macam nak update sikit kehidupan aku sejak dah jadi bini orang ni. Sekarang tinggal dengan suami dekat satu tempat di Gemencheh setelah setahun hidup PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Lepas kahwin, aku kerja Guru KAFA sebab aku fikir buat masa ni kerja ni yang mudah & sesuai dengan aku yang dah kahwin. Mula mengajar secara rasmi pada tahun 2017. Bulan Januari hingga Ogos mengajar dekat SK Linggi. Tu yang kena PJJ sebab suami kerja dekat Gemencheh. Mohon tukar sekolah dan sekarang mengajar di SK Air Kuning Selatan. So, dapat duduk dengan suami sekarang, Alhamdulillah. 


Sekarang tengah musim cuti sekolah, aku duduk rumah je sebab suami kerja. Ada juga plan nak pergi bercuti tapi masih dalam perancangan. So, mereput lah aku duduk rumah sorang2 masa suami bekerja. Aku dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata, kami harap tak lama lagi akan ada berita gembira itu, Amiin. Nanti ada anak, ada teman aku dekat rumah, ceria sikit rumah ni. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 


Itu saja buat masa ni, InsyaAllah nanti kalau ada masa aku update lagi. 


XOXO