Pages

Sunday, 28 June 2015

Senyum Sampai Telinga

Assalaamualaikum

Aku nak kongsi sikit kegembiraan aku ni walaupun agak terlewat, hehe. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberi nikmat ini. Masa orang dok sibuk study week tuari, aku dapat berita PSM1 dapat A, me is What?? Aku tidak percaya sama sekali. Lepas tengok sendiri dekat bilik Dr. then aku percaya. Sungguh aku tidak sangka akan dapat A dalam PSM1, toing3 (lompat-lompat sikit). Langsung aku tak harap untuk dapat A PSM1 ni memandangkan SV ku seorang yang tegas+cerewet, hehe sorry Dr. Sebelum tu meh aku cerita serba ringkas macam mana aku boleh tersangkut dibawah seliaan PM Dr. Nor Hazana Abdullah.

Hujung semester 5  kami dok sibuk2 isi borang tajuk PSM dan nama SV. Masa ni ramai dok pergi jumpa pensyarah sana-sini sebab nak lamar mereka jadi SV untuk Semester 6 dan 7 nanti. Aku memang malas nak ambik port benda2 ni. Aku hanya hantar borang tu dekat penyelaras dan amalkan konsep redha, huhu. Nak dijadikan cerita, bila orang dok heboh senarai SV untuk PSM dah keluar, nama aku dan beberapa yang lain tiada dalam senarai. Apa lagi menggelabah jumpa penyelaras dan kena isi borang semula. Alkisah lepas tu, aku pon disenaraikan dibawah seliaan Dr. Nor Hazana. Sebab apa aku tersenai dibawah Dr. Nor? Sebab tajuk yang aku hantar dekat penyelaras tu more relate to Organizational Behaviour. Punyalah aku berdebar+takut+serabut dan macam2 rasa sebab aku tak terfikir Dr. Nor jadi SV aku. So aku pon redha dengan harapan ada hikmah. Maka bercutilah aku selama sebulan sebelum hadapi semester 6.

22 Februari 2015. Fuhh! semester 6 pon bermula maka bermulalah kisah PSM1 aku dan kawan2. Awal2 lagi Dr. Nor nak jumpa aku sebab dia belum kenal aku (Khalil, Syeri, Syakir, Karen, Ay Chian, Nad dah jumpa before cuti). Aku pon pergi jumpa SV pagi tuh, jumpa2 je terus dapat tugasan kena cari jurnal tentang Innovative Work Behaviour. Menggelabah pergi Library cari maklumat sebab petang tuh dia nak jumpa balik. Meeting pertama dengan kawan2 yang lain Dr. bagi tajuk dan objektif, hoho semuanya Dr. yang tentukan. Isi borang tajuk dan hantar ke penyelaras. 

Atas sebab tertentu dan masalah teknikal, nama aku takde dalam senarai dibawah seliaan Dr. Nor dan telah diganti dengan nama lain iaitu Mira. Nama aku telah ditukar dibawah seliaan PM Dr. Eta. Memang pening jugak kepala aku masa tuh tapi aku buat relax dan jumpa Dr. Nor. Setelah berbincang, aku stay dengan Dr. Nor dan Mira pon masuk juga dibawah seliaan Dr. Nor. So, senang kerja, huhu.

Maka dengan itu, kami berlapan bertungkus-lumus mengikut arahan Dr. Nor dan menyiapkan tugasan beliau. Fuhh memang penat+tak cukup tidur+stress. Kena buat kerja dan rajin update. Dalam kepenatan itu, banyak yang aku belajar tentang cara kerja Dr. Nor. Memang tak dinafikan, beliau seorang yang tiptop dalam soal kerja. 

Atas segala penat lelah, kadang2 kena sergah dengan Dr. Nor sebab aku tak dapat buat dan cari apa yang diminta, maka akhirnya aku diberi peluang untuk merasai nikmat A PSM1 walaupun PSM2 masih terkapai-kapai (hahaha tidak mengapa). Sungguh aku tak sangka sebab aku target dapat B+ je (cewahh). Syukur tak terhingga, terima kasih kawan2 se SV yang banyak membantu dalam berkongsi idea dan maklumat. 

InsyaAllah, akan aku teruskan semangat ini untuk PSM2 pada semester 7 nanti (tak sabar nak habis belajar). Opss lupa nak cakap, tajuk PSM aku ialah Hubungan Antara Personaliti dan Tingkah Laku Kerja Inovatif. 

Mood: Happy bawak sampai raya, kehkehkeh

Friday, 19 June 2015

Proses membuang/ menapis

Alhamdulillah syukur, hari ni 1 Ramadhan tahun 2015 aku bersama rakan-rakan berpuasa di Universiti menghadapi peperiksaan akhir.

Hari ni hati ku tergerak untuk membuka blog yang dah lama berhabuk ni. Membaca dan review semua entry yang pernah aku post sebelum ini. Aku telah mengemaskini blog aku dan yang tinggal hanya entry yang perlu sahaja. Cara penulisan aku yang dahulu juga berbeza dengan sekarang dan itu bukti perubahan aku dari tahun ke tahun.

p/s: blog ini sekadar perkongsian kehidupan aku

Salam Ramadhan Semua :)