Pages

Sunday, 28 June 2015

Senyum Sampai Telinga

Assalaamualaikum

Aku nak kongsi sikit kegembiraan aku ni walaupun agak terlewat, hehe. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberi nikmat ini. Masa orang dok sibuk study week tuari, aku dapat berita PSM1 dapat A, me is What?? Aku tidak percaya sama sekali. Lepas tengok sendiri dekat bilik Dr. then aku percaya. Sungguh aku tidak sangka akan dapat A dalam PSM1, toing3 (lompat-lompat sikit). Langsung aku tak harap untuk dapat A PSM1 ni memandangkan SV ku seorang yang tegas+cerewet, hehe sorry Dr. Sebelum tu meh aku cerita serba ringkas macam mana aku boleh tersangkut dibawah seliaan PM Dr. Nor Hazana Abdullah.

Hujung semester 5  kami dok sibuk2 isi borang tajuk PSM dan nama SV. Masa ni ramai dok pergi jumpa pensyarah sana-sini sebab nak lamar mereka jadi SV untuk Semester 6 dan 7 nanti. Aku memang malas nak ambik port benda2 ni. Aku hanya hantar borang tu dekat penyelaras dan amalkan konsep redha, huhu. Nak dijadikan cerita, bila orang dok heboh senarai SV untuk PSM dah keluar, nama aku dan beberapa yang lain tiada dalam senarai. Apa lagi menggelabah jumpa penyelaras dan kena isi borang semula. Alkisah lepas tu, aku pon disenaraikan dibawah seliaan Dr. Nor Hazana. Sebab apa aku tersenai dibawah Dr. Nor? Sebab tajuk yang aku hantar dekat penyelaras tu more relate to Organizational Behaviour. Punyalah aku berdebar+takut+serabut dan macam2 rasa sebab aku tak terfikir Dr. Nor jadi SV aku. So aku pon redha dengan harapan ada hikmah. Maka bercutilah aku selama sebulan sebelum hadapi semester 6.

22 Februari 2015. Fuhh! semester 6 pon bermula maka bermulalah kisah PSM1 aku dan kawan2. Awal2 lagi Dr. Nor nak jumpa aku sebab dia belum kenal aku (Khalil, Syeri, Syakir, Karen, Ay Chian, Nad dah jumpa before cuti). Aku pon pergi jumpa SV pagi tuh, jumpa2 je terus dapat tugasan kena cari jurnal tentang Innovative Work Behaviour. Menggelabah pergi Library cari maklumat sebab petang tuh dia nak jumpa balik. Meeting pertama dengan kawan2 yang lain Dr. bagi tajuk dan objektif, hoho semuanya Dr. yang tentukan. Isi borang tajuk dan hantar ke penyelaras. 

Atas sebab tertentu dan masalah teknikal, nama aku takde dalam senarai dibawah seliaan Dr. Nor dan telah diganti dengan nama lain iaitu Mira. Nama aku telah ditukar dibawah seliaan PM Dr. Eta. Memang pening jugak kepala aku masa tuh tapi aku buat relax dan jumpa Dr. Nor. Setelah berbincang, aku stay dengan Dr. Nor dan Mira pon masuk juga dibawah seliaan Dr. Nor. So, senang kerja, huhu.

Maka dengan itu, kami berlapan bertungkus-lumus mengikut arahan Dr. Nor dan menyiapkan tugasan beliau. Fuhh memang penat+tak cukup tidur+stress. Kena buat kerja dan rajin update. Dalam kepenatan itu, banyak yang aku belajar tentang cara kerja Dr. Nor. Memang tak dinafikan, beliau seorang yang tiptop dalam soal kerja. 

Atas segala penat lelah, kadang2 kena sergah dengan Dr. Nor sebab aku tak dapat buat dan cari apa yang diminta, maka akhirnya aku diberi peluang untuk merasai nikmat A PSM1 walaupun PSM2 masih terkapai-kapai (hahaha tidak mengapa). Sungguh aku tak sangka sebab aku target dapat B+ je (cewahh). Syukur tak terhingga, terima kasih kawan2 se SV yang banyak membantu dalam berkongsi idea dan maklumat. 

InsyaAllah, akan aku teruskan semangat ini untuk PSM2 pada semester 7 nanti (tak sabar nak habis belajar). Opss lupa nak cakap, tajuk PSM aku ialah Hubungan Antara Personaliti dan Tingkah Laku Kerja Inovatif. 

Mood: Happy bawak sampai raya, kehkehkeh

Monday, 9 March 2015

psm ohh psm

semester 6, bermula kajian aku, dapat sv Dr Hazana, semoga Allah permudahkan apa jua tugasan aku..semoga semua berjalan dengan baik dan mengikut jadual..harapan aku hanya satu iaitu dapat siapkan psm1 dan psm2 dengan baik..nak tamat belajar dengan jayanya bersama rakan2 BPA yang lain..doakan aku, insyaAllah

Monday, 17 June 2013

..HIDUP..

ada kala berada di atas, ada kala nya di bawah.
tidak pernah meminta untuk gagal, namun kita manusia yang hanya merancang.
kawan? saat senang memang ramai, bila susah wallahualam.
keluarga yang hanya sudi menerima kita walau apa cara.
cinta? bagai kisah dongeng :)
belajar selagi mampu atin.
doakan saya ya...

p/s: sedang menghadapi peperiksaan akhir ^_^

Friday, 8 February 2013

Trip to Penang --> Kedah

Alhamdulillah, perancangan aku bersama rakan2 untuk ke penang dan Kedah kesampaian, terima kasih Ya Allah atas nikmat ini :)


1st day sarapan

1st time bawa kereta naik feri

ini lah kami

cantik sangat
  
kereta rosak (syukur ada pokok)

sampai dah sini

inside

 burger bakar penang

tasik mengkuang

indah sungguh ciptaan Allah

dari atas


2nd day sarapan

yeay sampai sini

bendang rumah tok

aktiviti waktu petang

isi masa :)


sampai jugak dekat sini

nak balik dah, sobs~

mahu pulang

Terlalu banyak kenangan di Penang dan Kedah, Allah saja yang tahu perasaan aku dapat berjalan dan melihat bumi Penang dan Kedah yang begitu indah. In sha Allah suatu hari nanti akan ke sana lagi untuk melihat tempat yang lain pula.

Sekian~






Sunday, 16 December 2012

..sekarang..

alhamdulillah...
aku bersyukur kepada Allah kerana apa yang aku inginkan setakat ini aku miliki,walaupun aku tahu itu hanyalah pinjaman semata-mata

buat mak,abah,nenek,adik-beradik dan semua,inyaAllah aku akan cuba jadi yang terbaik untuk buat mereka semua bahagia

Monday, 1 October 2012

..new life..

alhamdulillah..

dah sebulan aku di bumi uthm..hope semua berjalan lancar seperti yang diinginkan..aku harap Allah permudahkan segala urusan aku di uthm,study n so on..

p/s:doakan kejayaan aku di uthm

Wednesday, 23 May 2012

..harapan..

assalamualaikum..

bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah,sesugguhnye Kau maha mndgr n maha mngetahui..aq memohon kpdmu..Kau kurnia kn lah aq keputusan y baik bg prog. matrikulasi ku..keputusan y mngembirakn aq n keluarga ku..aq mgharapkn sdikit senyuman di bibir ku spye aq dpt mneruskn pelajaran ku di peringkat ijazah sarjana muda bersama rkn2 ku y lain..beri lah aq peluang utk aq menebus ksilapan ku..agr aq dpt membktikn kpd dri ku akn kemampuan aq dlm bdg y aq minat n ceburi..sesugguhnye Kau tahu isi ati ku,mahu ku n harapan ku..hnye pdmu aq memohon..kdpmu tmpt aq mengadu..aq insan y lemah n srbe kekurangan..dgr lah rintihan n kegusaran ati ku ini Ya Allah..amiiinn