Pages

Friday 24 July 2015

Raya 2015

Assalaamualaikum


Alhamdulillah, raya tahun ini dirai meriah disamping keluarga tercinta. Sehari sebelum raya, kami adik-beradik gotong-royong menyediakan bahan-bahan untuk membuat rendang ayam, rendang daging, lemang dan nasi himpit. Penat dan seronok dapat berkumpul beramai-ramai.

Lemang paling menguji kesabaran sebabnya kami tak mahir untuk menggulung daun pisang dan masukkan beras pulut. Tapi memang satu pengalaman menarik. Masok kali ni dah tahun ke-3 abah berhajat nak bakar lemang. Walaupun dah beberapa kali membuat lemang tapi kami masih kekok, Almaklumlah setahun sekali nak gilap skill. haha. Maka lemang siap dibakar di tengah malam sebab abah mula membakar selepas waktu berbuka.

Di pagi raya, kami adik-beradik sibuk mempersiap diri untuk sarapan. Adik-beradik lelaki macam biasa lah sibuk mandi dan siap-siap untuk ke masjid. Sebenarnya setiap kali Syawal, aku selalu sedih. Pelbagai perasaan timbul dalam diri. Masa nak bersalaman tuh memang hiba/ sebak je rasa. Tengok muka mak abah lagi lah aku sedih. Hmm, apa-apa pun meh la tengok gambar raya kami. Keluarga Maarop dan Nor Adzmah.

abah dan rendang ayam

nenek dan rendang daging

bangmir dan lemang

hero-hero main meriam buluh

kami 

kami lagi

Aku harap dapat bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment