Pages

Thursday 10 September 2015

Alhamdulillah

Assalaamualaikum


Hanya satu perkataan daripada bibir iaitu alhamdulillah. Tanggal 08 Ogos 2015 berlangsung lah majlis pertunangan aku. Majlis sederhana dihadiri keluarga terdekat, saudara mara, sahabat handai dan jiran berhampiran. Syukur kerana rakan-rakan sepermainan dan keluarga sudi dan serah diri untuk membantu mempersiap segala kelengkapan. Hantaran dan pelamin dihias oleh rakan sepermainan, kakak dan adik ku. Baju dibelanja/ ditaja oleh kakak dan mak.

Tak sangka apa yang aku dan Taufik rancang tahun lepas jadi kenyataan, hehehe. Tahun lepas ada juga berbual pasal risik/ tunang tapi masa tuh hanya sekadar bual kosong. Aku yang mula dulu, 

"taknak ke rancang sesuatu yang lebih yakin untuk hubungan ni"
"maksud awak?"
"yelah, kita takkan nak macam ni je"
"ntah la wak, siapa yang taknak tapi tak tahu bila"
"tahun depan jom"
"awak kan tak habis belajar lagi?"
"takpela, kita cuba dulu. Birthday kita kan bulan Mei, so bulan tu macam sesuai nak merisik. Then, lepas raya ke boleh tunang, huhuhu" *berangan tinggi masa tuh oii
"saya ok je bila2 wak, family saya xde masalah"
"ok, xpe nanti saya bagi hint kat mak abah ea"
"hahaha, ok"
....................................................................................................................

Mac, 2015
Masih takut nak bagi hint kat mak abah sebab risau mak abah fikir aku ni dah gatal sangat. Plus, aku sibuk dengan FYP1 dan tiada masa nak fikir.

April, 2015
Cuti midsem. Ada jugak sikit2 bagi hint kat abah. Abah macam paham tapi buat2 tak faham. Ok xpe, bagi masa dulu. Tibalah hari aku nak balik UTHM *cuti dah habis. Dalam kereta waktu abah nak hantar aku ke Tol Pedas sebab masa tu tumpang kereta kawan aku mulakan perbualan.  

"bah, Taufik dengan ayah dia nak datang rumah boleh"
"datanglah, kenapa?"
"hmmm, dia datang nak risik sekali"
"kan atin tak habis belajar lagi, macam mana nanti"
"takpe bah, Taufik tak kisah, risik dulu tengok macam mana"
"hmmm, yelah"
*abah macam berat hati sebab aku tak habis belajar lagi

Seminggu selepas tu, aku personal whatapps dengan mak

"As-salam mak, sihat ke?"
"sihat je tin, ada duduk dengan abah tengok tv"
"ouh ok, makkkk abah ada kata apa2 tak?"
"kata apa? pasal apa"
"atin ada cakap dengan abah yang Taufik nak datang rumah 03 Mei nanti"
"ouh yeke, ok la tuh datang merisik sekali. bawak cincin belah rotan"

* bia betul mak aku cakap macam tu. Serius duarius aku tak sangka begitu mudah mak bagi izin. Ya Allah masa tuh aku syukur sangat.

Lepas tu, aku whatapps kakak aku pulak

"hai ana, buat apa tuh, busy ke?"
"takde buat apa, duduk rehat, jap lagi sambung buat kerja, nape?"
"aku nak tanya pendapat ni"
"aik, macam serius je kau ni"
"hm, Taufik nak merisik aku 03 Mei nanti"
"ouh, yeke. ok la macam tuh. Mak abah kata apa?"
"baru lepas tanya mak, mak kata ok"
"kalau mak abah ok, takde masalah cuma kau ready ke"
"aku ok je"
"kau kan tengah FYP1, sem depan FYP2, takut nanti kau stress dengan kerja sampai ganggu"
"insyaAllah ok, kau doa jela yang terbaik"
"aku tak kisah, cuma kau kena lebih jaga diri lepas ni"
"ok ana, tq tau"

Beberapa hari lepas tu, group whatapps family 'anakmakabah' pulak yang berbunyi

"ada orang dengarnya nak kena risik 03 Mei nanti"

*bangmir, alangpatt memberi nasihat dan doakan yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah keluarga tersayang aku menyokong keputusan aku. 

......................................................................................................................

03 Mei 2015






............................................................................................................................


08 Ogos 2015




































Terima kasih mak abah, terima kasih keluarga dan terima kasih semua yang telah sama-sama membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Doakan yang terbaik. Semoga hubungan ini kekal hingga halal dan seterusnya hingga akhir hayat. 

*Bukan mudah nak terima dia dalam hidup aku sebab aku takut benda yang tak pasti. Tapi alhamdulillah setelah kenal secara serius bermula 2011, dia nampak bersungguh dan paling penting bila aku bawa lepak dengan kawan-kawan dan adik-beradik aku dia boleh masuk. Dia jugak pandai ambik hati mak abah dan mak abah selesa dengan cara dia. Harapan aku agar dia terus menyayangi keluarga aku. Tak sangka kawan kelas zaman sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 dah jadi tunang aku dan insyaAllah akan jadi suami aku suatu hari nanti. 


















No comments:

Post a Comment